Nama  : NUR SHUHADA BINTI MAT REJAB 

Umur

: 34 Tahun 
Ahli  : 2020

 

Latar belakang

Puan Shuhada merupakan seorang suri rumah sepenuh masa sebelum melibatkan diri dalam bidang perniagaan atas talian untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Puan Shuhada bermula dengan produk bakeri secara kecil-kecilan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Shuhada hanya mempromosikan produknya kepada rakan terdekat serta melalui whatsapp group sebelum beliau terlibat dengan PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Shuhada mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook nya sendiri. Kini produk jualannya dapat dipasarkan dengan lebih meluas serta mendapat perhatian ramai.

 

Nama  : MUHAMMAD FARHAN BIN        SUHARDI   

Umur

: 13 TAHUN  
Ahli  : 2019

Latar belakang 

 Adik Farhan berusia 13 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Farhan mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDi Felda Jengka 5 sejak bulan Januari 2022 yang lalu. 
 
 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 
 Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Farhan hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Farhan juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan dan menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Adik Farhan tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci. 
 
 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 
 Sejak mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Jengka 5 adik Farhan sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Farhan sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Farhan juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Farhan juga mengulangkaji pelajaran di PEDi dengan melayari laman web pembelajaran. 
Nama  : Nur Zulaikha Binti Nazrin 

Umur

:12 Tahun 
Ahli  :2018 

Latar belakang

Adik Zulaikha berusia 12 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Zulaikha mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018 yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Zulaikha hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Zulaikha juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Zulaikha tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Zulaikha sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Zulaikha sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Zulaikha juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Zulaikha juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.

 

zulai

Nama  : NOR AKMAR BINTI MUSA  

Umur

: 32 Tahun 
Ahli  : 2021

Latar belakang

Puan Akmar merupakan seorang suri rumah sepenuh masa sebelum melibatkan diri dalam bidang perniagaan atas talian untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Puan Akmar bermula dengan produk pakaian iaitu tudung sebagai ‘dropship’. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Akmar hanya mempromosikan produknya kepada rakan terdekat serta melalui whatsapp group sebelum beliau terlibat dengan PEDi. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Akmar mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook nya sendiri. Puan Akmar juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shopee. Kini produk jualannya dapat dipasarkan dengan lebih meluas serta mendapat perhatian ramai. 

Nama  Salmeiziatun Binti Abdul Rashid   
Umur  : 34
Ahli  : 2018 

Latar belakang

 

Puan Salmi merupakan seorang ahli perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula berniaga dengan mengambil tempahan untuk membuat pencuci mulut dan makanan jepun iaitu takoyaki. Puan Salmi memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Puan Salmi membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar sebagai modal permulaan untuk perniagaannya

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Puan Salmi banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus pembuatan makanan untuk memantapkan lagi kemahirannya. Beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya melihat resepi melalui buku sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Salmi mula menggunakan kemudahan ICT untuk mencari resepi yang terdapat di internet bagi menambah baik rasa dan kualiti makanan buatannya. Beliau mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan makanan jualannya secara atas talian. Puan Salmi mula mengambil tempahan dari luar kampung dalam kuantiti yang banyak. Puan Salmi juga sudah boleh menghasilkan pelekat untuk perniagaannya sendiri tanpa perlu mengupah mereka yang lebih mahir.

 

2