Kemudahan awam yang terdapat di Felda kekwa Jengka 5 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, gelanggang futsal,taman rekriasi kanak-kanak, jalanraya berturap, dewan orang ramai, surau dan masjid turut terdapat di Felda Kekwa Jengka 5 ini.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Bandar Maran yang jaraknya hanya 23km.

 

IMG 20180418 081328

Dewan orang ramai Jengka 5

 

IMG 20180506 154038

Gelanggang futsal Jengka 5