Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran Pahang

lubuk yu                                           Lubuk Yu air

Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Namanya agak unik kerana mungkin diambil dari keadan geologi air terjun nya yang berbentuk huruf U. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan. Kicauan biring-burung juga memberikan suasana yang amat tenang.

Lubuk Ujed, Maran Pahang

IMG-20180523-WA0029

Lubuk Ujed atuau lebih dikenali lagi sebagai Lubuk Kuala Sentul bagi masyarakat setempat.Lubuk ini mempunyai  tiga air terjun utama dan dua jeram, dan salah satu nya yang amat terkenal dengan kecantikan dan kedamaian alam sekitar nya adalah Jeram Pelangi.Lubuk ini juga turun menjadi salah satu tumpuan bagi mereka yang meminati aktiviti 'jungle tracking' dan aktiviti berkhemah. Terdapat juga banyak cerita rakyat yang menarik tentang kawasan ini.


(Sumber : Portal Rasmi Majlis Daerah Maran:http://www.mdmaran.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik)