Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran Pahang

lubuk yu                                           Lubuk Yu air

Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Namanya agak unik kerana mungkin diambil dari keadan geologi air terjun nya yang berbentuk huruf U. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan. Kicauan biring-burung juga memberikan suasana yang amat tenang.