SELAMAT DATANG KE PEDi

PEDi merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
PEDi menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
PEDi Felda Jengka 5 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 16 Mei 2018. Ramai telah mendaftarkan diri dengan PEDi Jengka 5 bagi mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI LAMA

492

 AHLI BARU BULAN JULAI 2023

1
 KESELURUHAN PADA BULAN JULAI 2023
493
 
 
 KENALI PETUGAS PEDi:

PEDi Felda Jengka 5 dikendalikan oleh dua orang petugas. Bagi menjadi seorang petugas di PEDi, beberapa proses perlu dilalui sebelum menjadi petugas yang sah bagi memikul tanggugjawab dan amanah yang diberikan. Kenali kami 

 
PENGURUS 
Nama : Nur Hazirah Binti Bakar
Mula berkhidmat : 16 Disember 2022
011-37489303
 
 
PENOLONG PENGURUS
 Nama: Anis Izzah Azwa Binti Ahmad Suhaili
Mula berkhidmat : 19 Ogos 2022
011-10827314