SELAMAT DATANG KE NADI

 

PEDi merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

NADI menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 

 

 JUMLAH KEAHLIAN :

 

 
NADI Felda Jengka 5 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 16 Mei 2018. Ramai telah mendaftarkan diri dengan NADI Jengka 5 bagi mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

 

 

 AHLI LAMA

530

 AHLI BARU BULAN JULAI 2024 

1
 KESELURUHAN PADA BULAN JULAI 2024 
531

 

 

 

 

 

 KENALI PETUGAS NADI:

NADI Felda Jengka 5 dikendalikan oleh dua orang petugas. Bagi menjadi seorang petugas di NADI, beberapa proses perlu dilalui sebelum menjadi petugas yang sah bagi memikul tanggugjawab dan amanah yang diberikan. Kenali kami 

 

 

 

PENGURUS 

 

Nama : Nur Hazirah Binti Bakar 

 

Mula berkhidmat : 16 Disember 2022

 

011-37489303

 

 

 

PENOLONG PENGURUS

 

 Nama: Anis Izzah Azwa Binti Ahmad Suhaili

 

Mula berkhidmat : 19 Ogos 2022

 

011-10827314
 
 
 
ALAMAT NADI 
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
FELDA JENGKA 5
26500 MARAN PAHANG