JAWTANKUASA KEMAKMURAN KEMAJUAN KAMPUNG atau JKKK adalah merupakan sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. MPKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.JKKK Felda Kekwa Jengka 5 mula ditubuhkan secara rasmi pada 18.12.2018 setelah pengerusinya yang juga bertindak sebagai ketua kampung telah menerinima watikat perlantikan pada hari tersebut.
 
Peranan JAWTANKUASA KEMAKMURAN KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK) FELDA SRI KEKWA JENGKA 5 adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.

Berikut adalah senarai ajk teritinggi JKKK Felda Sri Kekwa Jengka 5:

JAWATANKUASA KEMAJUAN KEMAKMURAN KAMPUNG JENGKA 5 2020
Nama                  Jawatan/Biro
 En. Zamri Bin Mat Lazim Pengerusi JKKK Jengka 5
 En. Anuar Bin Abdullah Setiausaha JKKK Jengka 5
 En. Azhar Bin Husain Bendahari JKKK Jengka 5/ Ketua Biro Keuwangan 
 En Mohd Khairul Anuar Bin Shafie Ketua Biro Pembangunan Prasarana
 En Ismail Bin Zainal Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan
 Pn. Rahmah Bt. Mat Ali Ketua Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
 En.Muhd. Amirul Hafizie Bin Md Raffi   Ketua Biro Belia, Sukan dan NGO
 En MD. Suharmi Bin Hussain Ketua Biro Keselamatan dan Kesihatan 
 Pn. Faezah Bt. Idris Ketua Biro Pendidikan dan Inovasi
 Ust. Abd Rahman Bin Aziz Ketua Biro Pemantapan Spiritual 
 En. Hairul Azam Bin Arifin Ketua Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
 Cik. Norsuzana Bt. Abdullah Ketua Biro Infostruktur dan Komunikasi
 Pn. Normahani Bt. Bakar Ketua Biro Wanita dan Keluarga

 (Sumber Pejabat JAWTANKUASA KEMAKMURAN KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK) Jengka 5)

Profil Kampung Felda Sri Kekwa Jengka 5

 

Felda Sri Kekwa Jengka 5 terletak di dalam mukim Chenor dalam daerah Maran yang merupakan salah satu daerah yang terbesar di dalam negeri Pahang Darul Makmur. Kemudahan prasarana asas di Jengka 5 adalah lengkap dengan mempunyai bekalan elektrik 24 jam yang di sediakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad(TNB). Segala kemudahan asas bagi keselamatan dan kesihatan juga dapat di akses oleh penduduk di bandar yang terdekat iaitu Bandar Maran yang jarak nya adalah 20KM dari Felda Sri Kekwa Jengka 5.

 

Maklumat Kependudukan Kampung:

Profilkg

 

Kegiatan Ekonomi Penduduk:

sosioekonomi

 

(Sember Informasi: Pejabat Pengurusan Felda Rancangan Sri Kekwa Jengka 5)

Kampung Felda Kekwa Jengka 5 ini terletak di mukim Chenor , Daerah Maran, Bandar Maran merupakan pekan paling hampir dengan Kampung Felda Kekwa Jengka 5. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 23 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.

Persatuan wanita yang berdaftar dengan badan kerajaan di Felda Kekwa Jengka 5 adalah Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Pengerusinya,  sentiasa aktif bagi memastikan kaum wanita di kampung ini sentiasa bersatu padu melalui aktiviti-aktiviti seperti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan di kenduri-kendara.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pula ialah jabatan kerajaan yang diwujudkan untuk membantu wanita di FELDA Kekwa Jengka 5 memajukan diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Antaranya ialah mengadakan kelas memasak, menjahit, membuat kraftangan dan lain-lain. KEMAS juga akan menghulurkan bantuan dari segi peralatan seperti memberi mesin jahit dan ketuhar sekiranya terdapat penduduk wanita yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal.

Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Felda Kekwa Jengka 5. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah. Oleh yang demikian, dengan adanya Pi1M, golongan wanita ini boleh bergiat aktif secara global dan intelektual untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Golongan wanita di sini aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan majlis kenduri, aktiviti gotong-royang dan pelbagai aktiviti-aktiviti luaran lain. Organisasi ini juga dinamakan Gerakan Persatuan Wanita  (GPW).

Persatuan Belia Felda Kekwa Jengka 5 telah ditubuhkan sejak tahun 1973 lagi. Semenjak itu, persatuan ini bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah bermain futsal bagi belia lelaki dan bermain bola jaring bagi belia wanita.

Organisasi ini dinamakan Persatuan Belia Felda Kekwa Jengka 5. Persatuan ini telah diketuai oleh Mohd Zakwan Bin Abdul Aziz yang merupakan penaung yang banyak membantu belia Felda Kekwa Jengka 5. Beliau merupakan anak jati Felda Kekwa Jengka 5. Belia Felda Kekwa Jengka 5 telah berjaya dalam beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun tahun ini.  

Walaupun peratuan ini tidak memiliki bangunan nya sendiri namun, persatuan ini tetap bergiat aktif. Persatuan Belia Felda Kekwa Jengka 5 menggunakan bangunan Pejabat JPKK Felda Kekwa Jengka 5 sebagai tempat bermesyuarat. Terdapat ahli jawatankuasa dan ahli urusetia serta biro-biro kebajikan yang bersama-sama menjalankan aktiviti yang dirancangkan sehingga berjaya .