Persatuan wanita yang berdaftar dengan badan kerajaan di Felda Kekwa Jengka 5 adalah Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Pengerusinya,  sentiasa aktif bagi memastikan kaum wanita di kampung ini sentiasa bersatu padu melalui aktiviti-aktiviti seperti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan di kenduri-kendara.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pula ialah jabatan kerajaan yang diwujudkan untuk membantu wanita di FELDA Kekwa Jengka 5 memajukan diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Antaranya ialah mengadakan kelas memasak, menjahit, membuat kraftangan dan lain-lain. KEMAS juga akan menghulurkan bantuan dari segi peralatan seperti memberi mesin jahit dan ketuhar sekiranya terdapat penduduk wanita yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal.

Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Felda Kekwa Jengka 5. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah. Oleh yang demikian, dengan adanya Pi1M, golongan wanita ini boleh bergiat aktif secara global dan intelektual untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Golongan wanita di sini aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan majlis kenduri, aktiviti gotong-royang dan pelbagai aktiviti-aktiviti luaran lain. Organisasi ini juga dinamakan Gerakan Persatuan Wanita  (GPW).

 

 

JAWATANKUASA GPW FELDA KEKWA JENGKA 5

 NAMA   

      JAWATAN

 PUAN RAHMAH BINTI MAT ALI

 PENGERUSI/ KETUA BLOK 3

 PUAN ZAINUN BT AHMAD

 TIMB. PENGERUSI / KETUA BLOK 15

 PUAN SHOKERIA BINTI SAAD

 BENDAHARI/KETUA BLOK 4

 PUAN SITI ROHANI BINTI MAIDIN

 SETIAUSAHA/KETUA BLOK 9

 

KETUA-KETUA BLOK DI FELDA KEKWA JENGKA 5 (PEREMPUAN)

 NAMA

 BLOK

PUAN HABSAH BINTI ABDULLAH

 KETUA BLOK 1

PUAN SAERAH BINTI AZIZ

 KETUA BLOK 2

PUAN RAMLAH BT MAMAT 

 KETUA BLOK 5

PUAN RAMLAH BINTI ABDULLAH

 KETUA BLOK 6

PUAN BIDAH BINTI MAT PIAH

 KETUA BLOK 7

PUAN ZAIMAH BINTI ZAINAL

 KETUA BLOK 8

PUAN SITI FATIMAH BINTI HARUN                        

 KETUA BLOK 10

PUAN MASRAH BINTI PAIMAN

 KETUA BLOK 11

PUAN MAZENUNG BINTI HARUN

 KETUA BLOK 12

PUAN HASNAH BINTI IBRAHIM

 KETUA BLOK 13

PUAN SAODAH BINTI ARIFIN 

 KETUA BLOK 14

PUAN CHE ESAH BINTI HASHIM

 KETUA BLOK 16

(Sumber : Pejabat Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Kekwa Jengka 5)