Usahawan Bakery & Pastery

Nama :Norsuzana Binti Abdullah
Umur :31 tahun
Ahli :2018

 

Latar Belakang

Bermula pada tahun 2015 dengan menjual biskut dan kuih raya dan hanya membuat kuih apabila menerima tempahan pada hari raya dan juga tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan untuk dijadikan cenderahati.

 

Sebelum Pengunaan ICT/Penglibatan PIM

Sebelum pengunaan ICT beliau mengalami masalah dalam mempromosikan produk beliau. Dan tidak tahu bagai mana untuk menjadikan produk beliau adalah pilihan utama penduduk setempat dan membuatkan pelagan nya tidak lari.

 

Selpas Penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Selapas pengunaan ICT beliau amat berpuas hati kerana ia memudahkannya untuk mempromosikan produk. Dan juga memberi kemudahan beliau untuk memneriam tempahan dari pelanggan juga menerima sebarang maklum balas mengenai produk nya . Selain itu, beliau menggunakan platform ICT ini untuk mencari dan menambah keloksi resepi kek sekaligus dapat meningkatkan mutu dan rasa kek buatanya. Tambahan lagi, beliau juga dapat terlibat dngan program Pembelajaran Jarak Jauh(PJJ) dari salah sebuah IPT tempatan. 

 

 

 

USAHAWAN KECIL PENANAMAN LADA

Nama : Fakrul Amin Bin Zulkipli
Umur : 25 Tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

En. Fakrul Amin merupakan salah seorang graduan dari Sekolah Vokasional Chenor dalam kursus Hortikultur dan Landskap. Kini beliau menetap sepenuhnya di Jengka 5, di sini beliau mengusahakan ladang sawit milik orang tua beliau disamping mengusahakan tanaman pokok lada secara kecil-kecilan menurusi cara fertigasi. Setakat ini En. Fakrul hanya menanam sebanyak 200 batang pokok lada. "Saya masih baru lagi dalam bidang penanaman lada ini, isha allah jika rezeki dimurahkan saya akan memngembangkan lagi perusahaan saya ini" ujar beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En.Fakrul hanya memasarkan dan menjual hasil tanaman lada nya kepada penduduk kampung dan kedai-kedai runcit yang terdapat di sekitar kawasan kampung sahaja. Beliau juga hanya mengunaakan inovasi dan teknik-teknik penanaman yang dipelajari beliau dahulu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

En. Falrul dapat memasarkan hasil tanaman nya ke luar kawasan kampung dan berjaya menjadi pembekal kepada restoran-restoran. Hasil pendapatan beliau juga meningkat. "Alhamdulillah, saya dah ada pelanggan setia" katanya.