KEUSAHAWANAN-KAMISAH BINTI MOHD TAMIN

Nama : Kamisah binti Mohd Tamin
Umur : 39
Ahli :2018

Perniagaan: Dropship Produk Nurraysa

Latar Belakang

Puan Kamisah mula terlibat dengan peniagaan online sejak tahun 2019. Puan Kamisah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan online untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya. Puan Kamisah bermula dengan produk kecantikan seperti scrub,jamu dan set kecantikan kulit.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Kamisah hanya mempromosikan produknya melalui whatsapp group dan pengumuman di Facebook sebelum beliau terlibat dengan Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Kamisah mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook Page nya sendiri. Puan Kamisah juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shoppee. Kini produk jualannya mendapat sambutan ramai. Puan Kamisah menerima lebih 20 tempahan secara online dalam masa seminggu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 sebulan.

 

km

 

KEUSAHAWANAN- PN. NORLAILI BINTI MUSTAKIM

NAMA  : NORLAILI BINTI MUSTAKIM 
UMUR  : 31 
AHLI  : 2018

Latar belakang

Puan Laili memang seorang ahli perniagaan tapi secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula berniaga dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya. Puan Laili memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Kini atas usaha gigihnya, beliau mampu untuk menubuhkan satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan makanan iaitu catering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Laili hanya berniaga di dalam kawasan kampung sahaja. Beliau mengambil tempahan melalui rakan terdekat sahaja. Tempahan untuk perkhidmatan makanannya sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Laili dapat mengiklankan perkhidmatannya dengan lebih luas. Beserta dengan teknik-teknik asas pemasaran dan teknik perniagaan atas talian yang dipelajarinya, pelanggan Puan Laili kini tidak terhad di dalam kampungnya sahaja. Puan Laili juga sudah mampu untuk menghasilkan pamphlet iklannya sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk mengupah orang lain untuk menghasilkannya

k

 

CELIK ICT- MUHAMMAD SHAHRUL AZZAM BIN ROSMAN

NAMA : MUHAMMAD SHAHRUL AZZAM BIN ROSMAN
UMUR : 9 TAHUN
TAHUN : 2018

Latar belakang

 

Adik Azzam berusia 9 tahun dan dia merupakan seorang pemegang kad OKU masalah pembelajaran. Adik Azzam agak sukar untuk menumpukan perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas. Adik Azzam mula datang ke Pusat Internet sejak Jun 2018. Pada peringkat awal dia hanya melihat rakan-rakan sebaya belajar menggunakan komputer.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, Adik Azzam lansung tidak tahu menggunakan gadget beserta komputer. Dia hanya melihat dari jauh sahaja apa yang dilihat oleh kawan-kawannya di komputer. Adik Azzam juga agak sukar untuk menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru di sekolah kerana pembelajaran di sekolah agak membosankan baginya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet adik Azzam sudah mampu menggunakan komputer dan sudah mula mengenal huruf pada papan kekunci. Adik Azzam sudah boleh mencari kata kunci pada laman Youtube untuk menonton video pilihannya. Adik Azzam juga sudah mampu mengira dan membaca kerana dia juga menghadiri kelas tambahan yang di lakukan oleh petugas Pusat Internet.

 

AZAM

KEUSAHAWANAN- PN. KAMISAH BINTI MOHD TAMIN

NAMA KAMISAH BINTI MOHD TAMIN
UMUR 38
TAHUN : 2018

 

Latar Belakang

Puan Kamisah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan semenjak beberapa tahun yang lalu. Puan Kamisah membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar sebagai modal permulaan untuk perniagaannya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI

Puan Kamisah banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus pembuatan makanan untuk memantapkan lagi kemahirannya. Beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat dan beliau meletakkan kuih buatannya di kedai-kedai makan di sekitar kampung. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya melihat resepi melalui buku sahaja.

 

Selepas enggunaan ICT/Penglibatan PI

 

Puan Kamisah mula menggunakan kemudahan ICT untuk mencari resepi yang terdapat di internet bagi menambah baik rasa dan kualiti kuih buatannya. Beliau mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan kuih jualannya secara atas talian. Puan Kamisah mula mengambil tempahan dari luar kampung dalam kuantiti yang banyak. Kuih buatan beliau mula mendapat tempahan daripada orang ramai.

 

km

 

CELIK ICT- MUHAMMAD SYAKIR ZUFAYRI BIN ANAS

NAMA : MUHAMMAD SYAKIR ZUFAYRI BIN ANAS
UMUR : 9 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Syakir berusia 9 tahun dan pengetahuannya berkaitan ICT masih di peringkat awal. Adik Syakir mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet adik Syakir hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Syakir tidak mempunyai pengetahuan tentang Asas Microsoft Office dan Asas penggunaan komputer. Adik Syakir juga kurang mahir untuk menaip menggunakan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Syakir sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Syakir sudah boleh membuat slide pembentangan di Microsoft Powerpoint tanpa pemantauan berterusan oleh petugas. Adik Syakir juga sudah lebih mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar tentang asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Syakir juga mengulangkaji pelajarannya di Pusat Internet Felda Jengka 5 dengan melayari laman web pembelajaran.

 

SYAKIR