CELIK ICT- MUHAMMAD SYAKIR ZUFAYRI BIN ANAS

NAMA : MUHAMMAD SYAKIR ZUFAYRI BIN ANAS
UMUR : 9 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Syakir berusia 9 tahun dan pengetahuannya berkaitan ICT masih di peringkat awal. Adik Syakir mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet adik Syakir hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Syakir tidak mempunyai pengetahuan tentang Asas Microsoft Office dan Asas penggunaan komputer. Adik Syakir juga kurang mahir untuk menaip menggunakan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Syakir sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Syakir sudah boleh membuat slide pembentangan di Microsoft Powerpoint tanpa pemantauan berterusan oleh petugas. Adik Syakir juga sudah lebih mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar tentang asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Syakir juga mengulangkaji pelajarannya di Pusat Internet Felda Jengka 5 dengan melayari laman web pembelajaran.

 

SYAKIR