Nama   : Damiza Bt Mat Nor 
Umur  : 41 
Ahli  : 2019

Latar belakang

Puan Damiza mula terlibat dengan perniagaan online sejak tahun 2019. Puan Damiza merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan online untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya. Puan Damiza bermula dengan produk makanan iaitu makanan tambahan dan popia rangup.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Damiza hanya mempromosikan produknya melalui whatsapp group dan pengumuman di Facebook sebelum beliau terlibat dengan Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Damiza mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook Page nya sendiri. Puan Damiza juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shoppee. Kini produk jualannya mendapat sambutan ramai. Puan Damiza menerima lebih 20 tempahan secara online dalam masa seminggu.

 

Damiza

damiza 2

Nama  : NUR AKMAL HAIZA BINTI ABDULLAH 
Umur  : 11
Ahli  : 2018 

Latar belakang

Adik Akma berusia 11 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Akma mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018 yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Akma hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Akma juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Akma tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Akma sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Akma sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Akma juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Akma juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.

 

akma 1 akma 2

 

KEUSAHAWANAN-SITI MAISARAH BINTI DARWIN

Nama : SITI MAISARAH BINTI DARWIN
Umur  : 37
Ahli : 2018

 

Perniagaan: Perkhidmatan Makanan

 

Latar belakang

Puan Sarah merupakan seorang ahli perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula berniaga dengan membuka gerai burger dan roti salut di hadapan DMart Felda Jengka 5. Puan Sarah memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Puan Sarah membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar sebagai modal permulaan untuk perniagaannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Puan Sarah banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus pembuatan makanan untuk memantapkan lagi kemahirannya. Beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya melihat resepi melalui buku sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Sarah mula menggunakan kemudahan ICT untuk mencari resepi yang terdapat di internet bagi menambah baik rasa dan kualiti makanan buatannya. Beliau mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan makanan jualannya secara atas talian. Puan Sarah mula mengambil tempahan dari luar kampung dalam kuantiti yang banyak. Puan Sarah juga sudah boleh menghasilkan pelekat untuk perniagaannya sendiri tanpa perlu mengupah mereka yang lebih mahir.

 

kak sarah

Nama : Norlianawati  
Umur  : 39 Tahun 
Ahli  : 2018 

Latar belakang

Puan Lianawati merupakan seorang ahli perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Beliau merupakan seorang tukang jahit pakaian. Puan Lianawati memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Puan Lianawati membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar sebagai modal permulaan untuk perniagaannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Lianawati banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus jahitan untuk memantapkan lagi kemahirannya. Beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat. Sebelum penggunaan ICT pelanggan yang meggunakan perkhidmatan jahitannya hanyalah penduduk didalam kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Lianawati mula menggunakan kemudahan ICT untuk mencari design baju yang terkini yang terdapat di internet bagi menambahkan kepelbagaian rekaan pakaian yang boleh dihasilkannya. Beliau mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan perkhidmatannya secara atas talian. Puan Lianawati mula mengambil tempahan dari luar kampung. Perkhidmatan jahitannya sudah mula dikenali ramai.

kak liana 1

CELIK ICT-NUR AZMUNIRAH BINTI ABDULLAH

Nama : Nur Azmunirah binti Abdullah
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Adik Munirah berusia 14 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Munirah mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018 yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Munirah hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Munirah juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Munirah tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Munirah sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Munirah sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Munirah juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Munirah juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.

 

uyah