CELIK ICT- PUTRI AINUL HUDA BINTI ASMURI

NAMA  : PUTRI AINUL HUDA BINTI ASMURI 
UMUR  : 8 TAHUN
AHLI  : 2018 

 

LATAR BELAKANG

Adik Putri Ainul Huda binti Asmuri berusia 8 tahun dan pengetahuannya mengenai ICT masih diperingkat awal. Adik Ainul mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak Mei 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet adik Ainul hanya pandai menggunakan aplikasi youtube di telefon pintar sahaja. Adik Ainul tidak tahu mempunyai pengetahuan tentang Asas Microsoft Office. Adik Ainul juga tidak mahir menaip menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Ainul sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik ainul sudah boleh membuat slide presentation di Microsoft Power Point tanpa pemantauan berterusan. Adik Ainul juga lebih mahir menaip dengan menggunakan papan kekunci. Selain itu juga, Adik ainul mengulangkaji pelajarannya di Pusat Internet Felda Jengka 5 dengan melayari laman web pembelajaran. Keputusan peperiksaan adik Ainul juga agak memuaskan selepas mengulangkaji pelajaran di laman web tersebut.

 

ainul

Kuih Bahulu

 

Nama  :Pn Rahmah Mat Ali 
Umur  :62 
Ahli  :2018 

 

Latar Belakang

Puan Rahmah memulakan perniagaan bakerinya secara kecil-kecilan selama 25 tahun yang lalu. Titik permulaan beliau menjadi seorang usahawan bermula dengan dorongan dan semangat daripada arwah suaminya. Beliau menggadaikan emas milik beliau untuk mendapat wang modal permulaan perniagaanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI

Puan Rahmah banyak melibatkan diri dalam kursus-kursus keusahawanan untuk memantapkan lagi kemahiranya membuat kuih. Puan Rahmah juga mula memasarkan produknya dengan cara 'direct selling' dan meletakkan kuih-kuihnya di kedai-kedai. Oleh itu, pasaran kuihnya hanya terhad di kawasan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI

Puan Rahmah mula mempelajari cara-cara untuk menggunakan kemudahan ICT bagi mencari resepi-resepi yang terdapat di Internet dan mengembangkan lagi pernigaannya. Puan Rahmah mula mempromosikan produk jualannya di aplikasi whatsapp da sebagainya. Puan Rahmah mula mendapat dari jauh. Kini, perniagaannya mula berkembang kerana beliau sudah amapu mempunyai bengkel pemprosesan kuihnya sendiri.

 

 

Dropship Produk Safiyya Hijab

 

Nama : Nur Fadilah Binti Hassan
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Nur Fadilah mula terlibat dengan peniagaan online sejak tahun 2017. Puan Nur Fadilah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan online untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya. Puan Nur Fadilah bermula dengan produk kecantikan seperti scrub dan jamu.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nur Fadilah hanya mempromosikan produknya melalui whatsapp group dan pengumuman di Facebook sebelum beliau terlibat dengan Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nur Fadilah mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook Page nya sendiri. Puan Nur Fadilah juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shoppee. Kini produk jualannya mendapat sambutan ramai. Puan Fadilah menerima lebih 20 tempahan secara online dalam masa seminggu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 sebulan.

 

 

Produk Kesihatan

Nama : Anuar Bin Abdullah
Umur : 50
Ahli :2018

 

Latar belakang

Encik Anuar memang seorang ahli perniagaan tapi secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula menjadi Ejen Elken yang sah sejak tahun 2015. Encik Anuar diperkenalkan dengan perniagaan Elken ini melalui rakan baiknya.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Anuar hanya mempromosikan produk Elken tersebut di kawasan sekitar kampung sahaja. Produk Elken ini agak mahal jadi tidak semua orang berkemampuan untuk memiliki atau membeli produk – produk tersebut. Jadi agak sukar untuk Encik Anuar mengembangkan perniaagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Anuar memperolehi teknik-teknik mempromosikan produknya melalui bengkel-bengkel dan seminar yang telah disertainya. Beserta dengan teknik-teknik asas pemasaran dan teknik perniagaan atas talian yang dipelajarinya, pelanggan Encik Anuar kini tidak terhad di dalam kampungnya sahaja. Tugas Encik Anuar untuk mengembangkan dan mempromosikan produk jualannya juga lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT.

 

Celik ICT- Adik Amirul Hakimi

Nama  : Amirul Hakimi Bin Nurul Hisham
Umur  :18 Tahun 
Ahli  :2019 

 

Latar belakang

Adik Amirul merupakan pelajar lepasan SPM yang ingin mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah. Adik Amirul mempunyai pengetahuan yang terhad tentang penggunaan Internet dan Komputer kerana kurang diberi pendedahan oleh kedua ibu bapanya. Ini kerana mereka ingin adik Amirul menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran. Adik Amirul mula mengikuti kelas literas komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak  Januari 2019. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Amirul hanya menggunakan telefon pintar untuk bermain ‘game’ sahaja. Adik Amirul tidak mempunyai pengetahuan tentang Asas Microsoft Office. Malahan, menaip di papan kekunci juga kurang cekap.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5, adik Amirul sudah mahir menggunakan komputer. Adik Amirul juga mampu membuat slide presentation dan membentangkannya di hadapan petugas Pusat Internet. Pembentangan tersebut bagi memupuk Soft Skill dalam diri adik Amirul sebagai persediaan bagi menempuh alam pembelajaran di universiti kelak.