Celik ICT- Adik Amirul Hakimi

Nama  : Amirul Hakimi Bin Nurul Hisham
Umur  :18 Tahun 
Ahli  :2019 

 

Latar belakang

Adik Amirul merupakan pelajar lepasan SPM yang ingin mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah. Adik Amirul mempunyai pengetahuan yang terhad tentang penggunaan Internet dan Komputer kerana kurang diberi pendedahan oleh kedua ibu bapanya. Ini kerana mereka ingin adik Amirul menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran. Adik Amirul mula mengikuti kelas literas komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak  Januari 2019. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Amirul hanya menggunakan telefon pintar untuk bermain ‘game’ sahaja. Adik Amirul tidak mempunyai pengetahuan tentang Asas Microsoft Office. Malahan, menaip di papan kekunci juga kurang cekap.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5, adik Amirul sudah mahir menggunakan komputer. Adik Amirul juga mampu membuat slide presentation dan membentangkannya di hadapan petugas Pusat Internet. Pembentangan tersebut bagi memupuk Soft Skill dalam diri adik Amirul sebagai persediaan bagi menempuh alam pembelajaran di universiti kelak.