Nama  : MUHAMMAD FARHAN BIN        SUHARDI   

Umur

: 13 TAHUN  
Ahli  : 2019

Latar belakang 

 Adik Farhan berusia 13 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Farhan mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDi Felda Jengka 5 sejak bulan Januari 2022 yang lalu. 
 
 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 
 Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Farhan hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Farhan juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan dan menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Adik Farhan tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci. 
 
 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 
 Sejak mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Jengka 5 adik Farhan sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Farhan sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Farhan juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Farhan juga mengulangkaji pelajaran di PEDi dengan melayari laman web pembelajaran.