Nama  : Nur Zulaikha Binti Nazrin 

Umur

:12 Tahun 
Ahli  :2018 

Latar belakang

Adik Zulaikha berusia 12 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Zulaikha mula mengikuti kelas literasi komputer di Pusat Internet Felda Jengka 5 sejak bulan Disember 2018 yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas ICT di Pusat Internet, adik Zulaikha hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Zulaikha juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan. Adik Zulaikha tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Jengka 5 adik Zulaikha sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Zulaikha sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Zulaikha juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Zulaikha juga mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet dengan melayari laman web pembelajaran.

 

zulai