Tarikh : 14 APRIL 2023

Masa : 10.00 PAGI - 12.00 PETANG

Lokasi : PEDI FELDA JENGKA 5

Program celik IT diadakan dengan objektif memberi pendedahan mengenai perkakasan komputer kepada peserta yang terdiri daripada 19 orang murid Pra Kekwa Jengka 5. Selain menarik minat dan memupuk rasa seronok murid untuk belajar menggunakan komputer seiring melahirkan generasi celik komputer.

Aktiviti

Murid diberi penerangan mengenai nama dan fungsi perkakasan komputer asas. Selain itu, melatih murid menggunakan tetikus dengan bermain aplikasi pembelajaran atas talian seperti mewarna dan puzzle.

 

 

Gambar Disini

09.02.2023 - Tabika KEMAS Felda Jengka 5 telah mengadakan Hari Apresiasi bertempat di Tabika KEMAS Felda Jengka 5. Hari apresiasi ini diadakan setiap tahun bagi menghargai kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang. Selain itu, menghargai potensi murid-murid, mengenalpasti pelajar - pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang serta memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan.

Terdapat juga acara selingan termasuklah acara pakaian beragam bagi kanak-kanak. Ramai yang memakai pakaian kostum mengikut cita-cita mereka. Terdapat beberapa murid yang memakai kostum Bomba, Askar, Doktor, Juruterbang dan pelbagai lagi. 

 GAMBAR DISINI

PROGRAM: PERTANDINGAN MENAIP PANTAS KATEGORI KANAK-KANAK & DEWASA 

                 PERTANDINGAN ONLINE PUZZLE GAME KATEGORI KANAK-KANAK

 

16 Oktober 2022 - Kami pihak PEDi Felda Jengka 5 telah mengadakan Pertandingan Menaip Pantas bagi kategori kanak-kanak serta kategori dewasa serta Pertandingan Online Puzzle Game. Mendapat sambutan dari komuniti Felda Jengka 5 dalam menyertakan diri bagi pertandingan-pertandigan tersebut. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta dan jutaan tahniah kepada para pemenang yang memenangi pertandingan tersebut. 

 

GAMBAR DISINI

 

07.02.2023 - Telah dijalankan Sambutan Hari GPW & Wanita Felda Jengka 5 yang bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 5. Banyak acara yang dipertandingkan pada hari sambutan tersebut. Sambutan ini diadakan pada setiap tahun dan mendapat sambutan yang meriah. 

Antara acara yang dipertandingkan pada hari sambutan tersebut termasuklah:

1) Acara gubahan yang dipecahkan kepada Gubahan Buah-buahan, Gubahan Coklat, Gubahan Telekung serta Gubahan Sirih Junjung. 

2)Acara masakan yang diecahkan kepada masakan berasaskan jantung pisang, masakan berasaskan petai serta masakan berasaskan ikan sungai. 

3)Acara permainan tradisional termasuklah permainan congkak dan juga batu seremban serta anyaman ketupat. 

4)Acara mewarna bagi kanak-kanak dari Tabika KEMAS Felda Jengka 5 serta Literasi Felda Jengka 5. 

6)Pertandingan Sajak bertajuk Wanita.

 GAMBAR DI SINI

PROGRAM      : PROGRAM PERNIAGAAN SECARA ONLINE (SHOPEE) SEPTEMBER TAHUN 2022

GOLONGAN    : WANITA

TARIKH          : 8 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS) 

TEMPAT         : PEDi FELDA JENGKA 5.

 

 Tujuan: Membantu wanita dalam menjana pendapatan 

Aktiviti: Menggunakan aplikasi shopee di dalam telefon bimbit.Membantu mengajar cara mula berniaga di aplikasi Shopee.

 

GAMBAR DISINI