07.02.2023 - Telah dijalankan Sambutan Hari GPW & Wanita Felda Jengka 5 yang bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 5. Banyak acara yang dipertandingkan pada hari sambutan tersebut. Sambutan ini diadakan pada setiap tahun dan mendapat sambutan yang meriah. 

Antara acara yang dipertandingkan pada hari sambutan tersebut termasuklah:

1) Acara gubahan yang dipecahkan kepada Gubahan Buah-buahan, Gubahan Coklat, Gubahan Telekung serta Gubahan Sirih Junjung. 

2)Acara masakan yang diecahkan kepada masakan berasaskan jantung pisang, masakan berasaskan petai serta masakan berasaskan ikan sungai. 

3)Acara permainan tradisional termasuklah permainan congkak dan juga batu seremban serta anyaman ketupat. 

4)Acara mewarna bagi kanak-kanak dari Tabika KEMAS Felda Jengka 5 serta Literasi Felda Jengka 5. 

6)Pertandingan Sajak bertajuk Wanita.

 GAMBAR DI SINI