NAMA:   SYAHMI NAZEEM BIN SYAHRUL NIZAM
 UMUR:   9 TAHUN 
 AHLI:  2022

 

Latar belakang

Adik Syahmi berusia 9 Tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih asas. Adik Syahmi mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDI Felda Jengka 5 sejak Ogos yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Syahmi hanya menggunakan aplikasi Youtube di telefon pintar sahaja. Adik Syahmi tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak mengikuti kelas asas ICT di PEDi Felda Jengka 5 adik Syahmi sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Syahmi sudah menguasai asas Microsoft Word dan membuat poster di Canva yang akan membantu beliau dalam menyiapkan tugasan sekolah kelak serta sering kuiz pendidikan dan aktiviti STEM di PEDi.