NAMA :   NUR ERYNA SOFEA 
 UMUR :  10 TAHUN
 AHLI :   2018

 

Latar belakang

Adik Eryna berusia 10 Tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih pada tahap asas. Adik Eryna mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDI Felda Jengka 5 sejak bulan Jun 2023 yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDI, adik Eryna hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube di telefon pintar sahaja dan tidak berpeluang menggunakan Microsoft Office Word. Adik Eryna tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak mengikuti kelas asas Microsoft Word di PEDi Felda Jengka 5 adik Eryna berpeluang belajar menaip surat kiriman rasmi dengan format yang betul dan membuat jadual belajar di dalam Microsoft Word yang akan membantu beliau dalam menyiapkan tugasan sekolah kelak. Selain itu, adik Eryna berpeluang menggunakan peranti tablet yang disediakan di PEDi bagi menjawab kuiz dalam talian yang disediakan.