NAMA :  NAUFAL IZZAT BIN KHAIRUL ANUAR
UMUR :   12 TAHUN
AHLI :   2023 

 

Latar belakang

Adik Naufal berusia 12 Tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih asas. Adik Naufal mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDI Felda Jengka 5 sejak bulan Februari 2023 yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDI, adik Naufal hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube di telefon pintar sahaja. Adik Naufal tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak mengikuti kelas asas ICT di PEDi Felda Jengka 5 adik Naufal sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Naufal sudah menguasai asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Pendaftaran emel dan membuat poster di Canva yang akan membantu beliau dalam menyiapkan tugasan sekolah kelak.