Dimaklumkan MCMC telah mengarahkan operasi PI di tutup mulai 18/3 – 31/3/2020.
Berikutan pandemik Covid-19 di negara dan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, maka Pusat Internet akan ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Keputusan untuk menutup Pusat Internet adalah sejajar dengan Perintah Kawalan ini yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Dengan itu, kami petugas Pusat Internet Jengka 5 ingin menasihati komuniti agar kurangkan aktiviti luar dan berkunjung ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Di ingatkan juga supaya tidak melakukan "Panic Shopping" kerana bekalan bahan-bahan mentah dan sebagainya akan tetap berjalan seperti biasa. Situasi "Panic Shopping" ini juga akan menambahkan lagi risiko anda kerana pusat membeli-belah akan menjadi tempat tumpuan awam yang padat.